Want your
own Fotopage?















 
djohn's FotoPage
djohn shahrin
[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 10-Jul-2009 10:14 Email | Share | Bookmark
SUPER HERO: Kamal lelaki Bio-Nik TV3.

Bio-Nik side light
Bio-Nik Hard Light
Bio-Nik Low angle
Bio-Nik Low
Bio-Nik side low
Kamal lelaki tidak normal

Oleh SOFIATUL SHIMA
WAN CHIK
sofiatul.chik@kosmo.com.my

Melihat senyuman pelakon baru ini, Kamal Adli, 22,
saya terbayangkan senyuman penyanyi antarabangsa, Madonna.
Seperkara yang menyamakan kedua-duanya adalah jarak gigi
mereka. Mungkin itulah yang membuatkan mereka
kelihatan manis dan punya identiti sendiri,
malah mungkin juga faktor rezeki.


Terlekat bunyi-bunyi slanga Pahang sewaktu berbicara,
anak kelahiran Pekan ini seakan-akan hadir secara diam
dan kemudian membuat satu letupan dengan kemunculan
siang dan malam di kaca televisyen dengan cara luar biasa.
Dia menjadi lelaki atau lebih tepat manusia bukan normal untuk
tatapan khalayak.

Tiba-tiba ramai orang bercakap tentang Kamal Si Mawas atau
Kamal Si Bio-Nik, impak dua buah siri televisyennya yang
muncul serentak dan menjadi santapan ramai ketika ini.
Dua watak yang tidak wujud di alam nyata tetapi Kamal membawanya
seolah-olah ia sebenarnya ada.
Dalam siri Zati & Si Mawas, Kamal menjadi mawas yang berbulu lebat
manakala dalam Bio-Nik, Kamal bertukar menjadi superhero
atau adiwira separuh manusia separuh robot.

“Terdetik juga dalam fikiran saya yang kini saya bawakan dua
watak yang lain daripada yang lain. Satu watak di dalam badan
ada besi manakala yang satu lagi menjadi manusia berbulu lebat.
Saya anggap ini rezeki.”

Berkongsi pengalaman membawa dua watak utama dan terus
dikenali malah menjadi chick magnet, dia menyatakan rasa
seksanya bergelar manusia tidak normal.

“Melalui watak Nik dalam Bio-Nik, saya kena jadi robot,
jadi cara duduk pun berbeza. Tidak boleh membongkokkan badan.
Stunt juga saya buat sendiri. Watak Nik perlukan emosi.
Itu menyebabkan sedikit tekanan tapi saya suka.

“Mawas pula membuatkan saya sukar untuk bernafas dalam
kostum berbulu. Saya perlu memberi emosi yang berlebihan
agar dalam kostum juga penyampaian saya dirasai oleh penonton.
Gerak badan dan nada suara perlu betul,” ujarnya yang merupakan
pelajar bidang penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM).



Impak watak utama


Dia sendiri malah merasa impak dua watak tersebut. “Saya dapat dua
reaksi sekali gus dalam satu masa. Kebanyakannya memang positif.
Lucu juga apabila saya didatangi kanak-kanak yang menyuruh saya
membengkokkan besi kerana mereka percaya saya adalah manusia
bionik di alam realiti.”

Sambungnya lagi: “Mak cik- mak cik pula ramai yang panggil saya Mawas
dan tanya pasal bulu-bulu di badan saya. Ada juga kanak-kanak yang takut
menghampiri saya dan menangis kerana fikirkan saya seekor Mawas.”
Kamal nyata bersyukur dengan reaksi yang tercetus hasil daripada dua
lakonannya sebagai watak utama itu.

Namun di sudut hati paling jauh dia juga mengharapkan cerita cintanya
dengan pelakon cantik, Intan Ladyana berlalu dibawa angin. Akibat terlalu
banyak melihat kisah ‘cinta’ mereka terpampang di sana-sini, Kamal sudah
malas membawa bahan bacaan berkisar dirinya.

“Pernah dalam masa dua minggu berturut-turut, kisah saya dan Intan sahaja.
Saya jadi malas membacanya,” katanya tanpa berselindung.

Kamal juga menegaskan dia memang sangat rapat dengan Intan.
Bertentang mata hampir setiap hari untuk tempoh empat bulan di set Bio-Nik,
mana mungkin mengingkarkan persahabatan dan hubungan baik untuk terjalin.


Baru 9 bulan berlakon


Kamal bermula dengan menjadi Hero Remaja 2007/2008 untuk sebuah majalah.
Itu asas yang kuat untuknya bergerak dalam bidang yang mahu diceburinya iaitu
pengacaraan.

Menjual wajah dan gelaran hero, rezekinya terbuka dengan bermula sebagai
pengacara bagi sebuah program rancangan pengembaraan televisyen,
Pandanganku Ceritaku, terbitan Sony. Ia mengambil beberapa tempat
di Jepun sebagai lokasi penggambaran.

Jujurnya, bidang lakonan memang dilakukan secara bidan terjun dan tak terjangkau
dek akalnya dia bergelar pelakon, apatah lagi pelakon utama.
“Saya sebenarnya memang sasar untuk menjadi hos. Itu niat utama saya.
Secara tak sengaja apabila saya pergi uji bakat di Red Communication,
saya mendapat peluang berlakon untuk siri Impian Sunsilk. Ini diikuti dengan siri
Renjis bersama Elyana.”

Baru sembilan bulan bergelar pelakon, Kamal tidak terkecuali merasa kejutan.
“Saya akui komunikasi saya masih lemah. Sedikit pemalu sebenarnya.
“Saya jenis yang tidak pandai menegur orang, memulakan perbualan atau ‘menjual diri’.
Lalu ada orang kata saya sombong. Orang perlu kenal saya dahulu.
Di sebalik malu-malu saya, kalau sudah kenal, saya jenis yang tidak boleh senyap.

“Saya juga akui saya terkejut dengan gosip dan mata khalayak yang memerhati saya.
Orang mahu tahu tentang saya. Itu pelik. Tapi saya fikir kembali,
bila orang ambil tahu maksudnya orang tahu akan kewujudan saya dalam bidang seni.




“Memikirkan itu, saya rasa saya sangat bertuah,”
ungkapnya yang banyak belajar lakonan melalui pemerhatian terhadap karakter orang.

Superhero Malaya masih terkejut

Tidak keterlaluan jika ditafsir bahawa Kamal Adli sudah dapat bayangan menjadi
superhero Malaya. Dengan dua watak kuat yang berbeza zahir dan pengaliran emosinya,
dia menyerlah dalam sekelip mata.

Lalu saya tanyakan dia bagaimana jika dia dilihat membawa gelaran itu.
Apatah lagi, pada musim kedua drama bersiri televisyen pertama terbitan KRU Studios,
Bio-Nik kelak dia akan menyarungkan kostum adiwira.


Dia ketawa. Jawapannya sentiasa mengalir dengan perkataan ‘entahlah’.
Bukan tidak yakin tetapi dia masih mengalami kejutan dengan pemerhatian
para karyawan dan peminat.

“Tidak tahu mahu komen.
Tapi saya sangat bersyukur dengan impaknya. Banyak yang perlu saya pelajari.
Jika disebut superhero, saya tidak ada komen,” ujarnya.

Bila ditanya siapakah adiwira yang difantasikan menjadi dirinya,
jawab Kamal: “Superman sebab boleh terbang. Tidak perlu susah-susah membayar duit petrol.
Juga boleh lepak atas awan,” jawabnya melucu mengakhiri sesi temu ramah dan kemudian
bergaya dengan mudah di hadapan kamera.


pose kat tangga tu menarik.. Sun 12-Jul-2009 02:57
Posted by:mshafie shafie_81@yahoo.com  - [Link]
terima kasih kerana sudi melawat FP saya nanati boleh sembang2 kat luar Mon 24-Aug-2009 10:44
Posted by:airun isam arifin airun7576@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.