 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
djohn's FotoPage
djohn shahrin
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Friday, 24-Oct-2008 05:53 |
Email | Share | Bookmark |
|
Grand Prix Polini2008- Pitlane, Qualify day
|
|
Hari yang menguji aku, untuk mencari gambar yang menarik pada hari ujian masa dan 'free test' di litar perlumbaan antarabangsa Sepang (Sepang International Circut)...
oleh: Sayed / Utusan Malaysia
SEPANG - Jentera Yamaha menguasai sesi latihan bebas Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia di Litar Sepang semalam apabila dua pelumba Colin Edwards dan Valentino Rossi mencatat masa pertama dan kedua terpantas.
Edwards dari Amerika Syarikat yang mewakili Yamaha Tech 3 menggunakan sebaik mungkin saat-saat akhir sesi latihan itu untuk mencatat masa terpantas 2min:02.667s sekali gus memadamkan catatan terpantas yang sebelum itu dipegang oleh pelumba San Carlo Honda Gresini, Shinya Nakano 2:03.050s.
"Kami sudah kembali mendapat pemasangan jentera yang tepat berbanding terpaksa bertungkus lumus dengannya sebelum ini. Saya sudah kembali mendapat keyakinan yang hilang selama ini," kata Edwards.
Juara dunia, Rossi dari Itali juga menggunakan penghujung sesi latihan semalam untuk mencatat masa terpantas tetapi terpaksa berpuas hati di belakang Edwards dengan catatan 2:02.838s.
"Saya suka dengan trek di sini kerana kesukarannya, kelebihan teknikal dan kelebarannya. Prestasi motosikal juga memuaskan. Saya merasakan kami punya potensi yang baik untuk menang di sini," kata Rossi.
Pelumba Ducati, Casey Stoner dari Australia pula di tempat ketiga terpantas dengan catatan 2:02.970s walaupun pada satu ketika juara dunia musim lalu itu turut berada pada kedudukan paling pantas sebelum dipintas oleh Edwards dan Rossi pada minit-minit akhir sesi latihan.
"Hari yang agak mengecewakan kerana kami tidak mempunyai tayar yang sesuai dengan jentera kami dan trek di Sepang ini. Saya harap kami dapat memperbaiki motosikal menjadi lebih baik esok (hari ini)," kata Stoner.
MotoGP Malaysia kali ini bagaimanapun tidak membawa apa-apa makna kepada perebutan juara dunia kerana Rossi sudah pun mengesahkan kedudukannya untuk merangkul gelaran tersebut lebih awal di GP Jepun pada 28 September lalu.
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|