Want your
own Fotopage?















 
djohn's FotoPage
djohn shahrin
[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Monday, 11-May-2009 09:41 Email | Share | | Bookmark
Kriket Oval Piala Melayu UKM Bangi

 
 
 
View all 8 photos...



bro lama xdengar cita ni..kt mana tercampak Thu 21-May-2009 04:46
Posted by:asri as_mj@yahoo.com  - [Link]
bro ini aku punya link fotopages...http://aiefoto.fotopages.com Wed 27-May-2009 00:24
Posted by:asri as_mj@yahoo.com  - [Link]
abg djohn nnt amek gmba org tgh game netball lak ek..hehehe Sat 18-Jul-2009 04:43
Posted by:aelm3y aelm3y@gmail.com
View all 6 comments Add comment


Monday, 11-May-2009 09:28 Email | Share | | Bookmark
Nana (Pemain seksefon) - Anggota kumpulan Carefree

Tinggal kenangan....
Nana
b n w nana
View all 5 photos...




oleh: Ardy / Utusan Malaysia

BELUM PUN dua minggu pengumuman Konsert Untukmu Ibu dengan Carefree sebagai kumpulan undangan tidak menyertainya disiarkan di akhbar, 'perang dingin' antara kumpulan berkenaan dengan penyanyi utamanya, Jay Jay sudah bermula.

'Perang dingin' yang berpunca daripada rasa tidak puas hati anggota kumpulan itu, Charlie (ketua), Wan, Boy, Nana dan Lockman semuanya bermula gara-gara kenyataan Jay Jay yang mengguris hati kumpulan yang pernah mencipta nama dengan lagu Rindu Bayangan pada tahun 1982.

Kenyataan Jay Jay yang disiarkan di Hits Utusan Malaysia pada 10 April kononnya, Carefree menolak penampilan dalam konsert berkenaan kerana komitmen kerja, benar-benar tidak disenangi oleh sebahagian besar anggota kumpulan itu.

Dalam satu pertemuan eksklusif dengan Hits minggu lalu, sambil menunjukkan keratan akhbar berkenaan, Wan yang mewakili anggota Carefree yang lain berkata:

"Bukan hendak memburukkan Jay Jay. Tetapi kami memang kecewa dengan kenyataan yang dibuatnya.

"Dia (Jay Jay) menggambarkan kepada umum seolah-olah kami tidak menghargai tawaran tersebut. Terlalu banyak kesilapan yang berlaku di sini, dan kami ingin membetulkan keadaan tersebut."

Konsert Untukumu Ibu anjuran Istana Budaya dengan artis utamanya, kumpulan Black Dog Bone akan diadakan di Istana Budaya pada 8 hingga 10 Mei depan.

Konsert yang dikendalikan oleh Box Office dengan Utusan Malaysia sebagai akhbar rasmi dan Sinar FM sebagai radio rasmi diadakan sempena Hari Ibu. Carefree sepatutnya menjadi kumpulan undangan konsert berkenaan.

Bagaimanapun, nama Carefree digugurkan apabila Jay Jay mendakwa anggota Careefree yang lain tidak dapat memenuhi undangan kerana komitmen kerja.

Dengan penolakan itu, hanya dua ahli Carefree iaitu Jay Jay (penyanyi utama) dan Rahim Othman yang akan muncul dalam konsert itu nanti.

Menurut Wan, Carefree tidak pernah menolak tawaran IB. Sebaliknya mereka ingin berbincang lebih lanjut, terutamanya melibatkan soal bayaran dan perjanjian hitam putih persembahan tersebut.

"Memang ia berkaitan dengan soal bayaran. Pada awalnya, Jay Jay telah memberitahu bayaran yang akan kami terima selama empat hari persembahan dan sebulan latihan.

"Setelah mempertimbangkan dari pelbagai aspek, kami sependapat untuk meminta bayaran tersebut dinaikkan dan bukannya menolak bulat-bulat tawaran itu.

"Namun, tanpa ada perbincangan lanjut, Jay Jay memaklumkan kepada kami bahawa pihak IB tidak dapat menunaikan permintaan kami dan nama Carefree digugurkan daripada membuat persembahan melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) sahaja,'' tambahnya lagi.

Dalam SMS bertarikh 5 April 2009, Jay Jay memberitahu IB menolak permintaan mereka.

Menurut Wan, sebagai persiapan untuk konsert tersebut, mereka sudah menyediakan sampel cenderamata seperti t-shirt dan lencana Carefree untuk diberikan kepada peminat semasa konsert tersebut.

"Malah saya sendiri menyimpan rambut afro untuk mengimbau kembali zaman kegemilangan kumpulan kami.

"Jadi tidak timbul isu bahawa kami menolak tawaran IB tersebut bulat-bulat,'' tambah Wan lagi.

Tawaran dikemukakan

Menurut Wan, Jay Jay pernah mengemukakan tawaran tersebut sejak awal Mac, tetapi selepas itu senyap dan tiada perkembangan.

"Namun pada 30 Mac, Jay Jay sekali lagi mengutarakan tawaran tersebut secara serius, dan anggota Carefree yang lain bersetuju untuk membuat persembahan serta ingin membuat perbincangan rasmi dengan pihak IB dan Box-Office.

"Tetapi, apa yang menghairankan sehingga hari pembatalan (merujuk kepada SMS Jay Jay pada 5 April), semua perjanjian dan maklumat persembahan termasuk soal bayaran hanya melalui mulut.

"Tidak ada sebarang hitam putih dikemukakan oleh Jay Jay daripada pihak IB ataupun Box-Office.

"Sebenarnya segala urusan untuk konsert ini, Jay Jay bertindak sebagai orang tengah. Dia banyak menguruskan sendiri walaupun ia melibatkan Carefree dan kadang-kala kami sendiri tidak tahu urusan tersebut.

"Misalnya apabila iklan Konsert Untukmu Ibu ini dikeluarkan oleh pihak IB dengan menyatakan Carefree terlibat, kami sendiri masih belum memberikan sebarang kata putus untuk terlibat sama.

"Memang tidak ada perbincangan apatah lagi persetujuan dicapai antara Carefree dengan pihak terbabit,'' ujar Wan lagi.

Tidak restu nyanyi lagu Carefree

Bagi Nana pula, mereka tidak mempunyai masalah jika Jay Jay dan Rahim membuat persembahan solo tanpa kehadiran anggota Carefree yang lain.

Tetapi apabila membaca laporan Hits pada 10 April yang menyatakan Jay Jay akan berduet dengan Jatt (Black Dog Bone) mendendangkan lagu Rindu Bayangan, ternyata itu kurang disenangi.

"Rindu Bayangan adalah lagu Carefree, bukan milik mutlak Jay Jay. Jangan nyanyi lagu Carefree pada konsert itu nanti. Kami tak restu.

"Dia (Jay Jay) mempunyai koleksi lagu-lagu sendiri yang popular. Nyanyi lagu sendiri lebih baik.

"Carefree belum ada 'batu nisan' lagi, jadi segala tindakan untuk menyanyikan lagu Carefree perlu meminta kebenaran kami. Tolong hormat Carefree," pesan Nana kepada Jay Jay.

Dalam pada itu, mereka turut mempersoalkan keikhlasan Jay Jay untuk menyatukan semula Carefree.

"Kami tidak ada masalah untuk bersama semula, membuat comeback. Malah sudah lama kami fikirkan.

"Tetapi Jay Jay tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Mungkin disebabkan dia boleh bergerak solo.

"Tiba-tiba keluar kenyataan seolah-olah kami yang tidak mahu bergabung kerana menganggap gabungan tersebut tidak penting,'' kata Nana.

Terima kasih IB dan peminat

"Pada kesempatan ini, saya mewakili anggota Carefree yang lain mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak IB kerana sudi menawarkan Carefree membuat persembahan di IB.

"Mungkin bukan rezeki untuk bekerjasama kali ini dan kami ingin memohon maaf atas apa yang berlaku.

"Tetapi percayalah, tanggapan bahawa kami menolak bulat-bulat dan tidak menghargai tawaran IB adalah tidak benar sama sekali.

"Apa yang kami perlukan ialah perbincangan dan perjanjian hitam putih. Buat peminat-peminat yang membeli tiket Konsert Untukmu Ibu semata-mata ingin menyaksikan Carefree, minta maaf banyak-banyak,'' kata Nana lagi.

Carefree tanpa Jay Jay dan Rahim Othman

"Mulai malam ini (15 April) secara rasminya kami mengambil keputusan bahawa Jay Jay dan Rahim tidak mempunyai apa-apa hubungan perniagaan dengan Carefree.

"Perancangan Carefree untuk membuat comeback dengan lagu baru pasti tidak akan melibatkan mereka berdua.

"Dalam erti kata lain, mereka kini adalah bekas anggota kumpulan Carefree .

"Insya-Allah, kumpulan Carefree akan dianggotai oleh majoriti ahli asal dan mungkin melibatkan penambahan dua anggota baru bagi menggantikan Jay Jay dan Rahim.

"Kami sudah mempunyai empat buah lagu yang belum dirakamkan lagi. Mudah-mudahan kami mampu melakukannya,'' ujarnya kepada Hit

Care to comment?


Monday, 11-May-2009 09:13 Email | Share | | Bookmark
Black Dog Bone

bdb 1
bdb 2
bdb 3
View all 6 photos...




berita: utusan malaysia

APABILA sudah berusia dan mempunyai keluarga sendiri, kebanyakan anggota Black Dog Bone (BDB) kini lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga masing-masing.

Namun, dengan adanya konsert BDB, setiap anggota kumpulan itu akan menggunakan peluang tersebut bagi mengeratkan lagi ikatan persahabatan yang telah mereka bina sejak lebih 30 tahun lalu.

Menurut ketua kumpulan BDB, Jatt, tanpa adanya landasan dalam bidang muzik, setiap anggota kumpulan itu mungkin jarang dapat bertemu antara satu sama lain.

“Ini kerana, apabila ada show (persembahan pentas) seperti ini barulah kami akan berkumpul semula dan berlatih bermain muzik. Sebabnya, ada di antara kami yang sudah tidak aktif lagi dalam bidang muzik dan melakukan pekerjaan yang lain.

“Kalau saya tiada masalah, kerana kerjaya sepenuh masa saya ialah menyanyi dan bermain muzik di kelab-kelab malam. Cuma untuk membawakan semula lagu-lagu BDB saya terpaksa berlatih semula,” katanya.

Biarpun berpengalaman bermain muzik tetapi Jatt mengakui dia terpaksa mengingati semula melodi dan lirik lagu-lagu BDB yang sudah lama tidak dipersembahkannya di atas pentas persembahan.

Malah, Jatt juga tidak menafikan adakalanya dia sering terlupa lirik lagu-lagu BDB yang jarang dinyanyikannya sejak kumpulannya itu dibubarkan lebih dua dekad lalu.

“Maklumlah BDB ada banyak album dan lagu. Tidak semua lirik lagu BDB yang saya ingat. Contohnya lagu Aneka Ragam, Sayang dan Bahagia Dan Derita.

“Sebab itu, saya kenal hafal semula lirik-lirik lagu itu. Selain itu, saya juga berdepan cabaran stamina kerana selain menyanyikan lagu-lagu BDB seperti Khayalan, pada masa sama, saya juga bermain dram,” ujarnya.

Nostalgia manis

Justeru, konsert yang akan diadakan di Istana Budaya pada 8 hingga 10 Mei ini merupakan medan terbaik bagi BDB kembali mengeratkan hubungan sesama anggotanya.

Apatah lagi, mana mungkin mereka melupakan nostalgia manis sewaktu mereka mengadakan konsert sulung di Stadium Negara, Kuala Lumpur, pada 1977 dengan disaksikan hampir 20,000 penonton.

”Ketika itu, saya rasa gemuruh, tetapi apabila ramai penonton memenuhi ruang Stadium Negara dan memekik nama kami, perasaan itu hilang. Itu merupakan konsert pertama dan terbesar kami di Malaysia,'' imbaunya.

Cerita Jatt lagi, konsert itu merupakan persembahan paling meninggalkan kenangan manis buat mereka kerana sambutan yang diberi oleh para penonton di luar jangkaan ramai.

Mana tidaknya kata penyanyi yang berasal dari Tempines, Singapura ini, ketika itu nama BDB sedang berada di kemuncak populariti dalam persada muzik di negara ini.

“Bukan setakat terharu dengan sambutan para peminat tetapi daripada konsert itu jugalah saya mengenali anggota-anggota kumpulan Carefree,” katanya lagi. [i]





Care to comment?


Thursday, 16-Apr-2009 23:06 Email | Share | | Bookmark
Penyelidikkan Perhutanan UPM

Tangkap Ikan
Menjala Ikan
Penyelidikkan Cendawan
View all 14 photos...














Meneroka khazanah
hutan simpan Ayer Hitam


Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN / utusan malaysia

UMUM mengetahui bahawa kewujudan hutan menyumbang banyak manfaat bukan sahaja kepada manusia bahkan kepada semua benda hidup di muka bumi ini.

Selain membekalkan oksigen dan udara segar, hutan juga mempunyai banyak peranan lain seperti pusat tadahan air, penapis debu dalam udara untuk mengawal pencemaran, mengurangkan kejadian hakisan dan tanah runtuh serta melindungi permukaan bumi daripada sinaran matahari bagi mengekalkan suhu sejuk.

Di samping itu, hutan yang juga merupakan habitat hidupan liar serta pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan secara tidak langsung mampu menyumbang kepada keseimbangan ekosistem dan ia amat penting dalam kitaran siratan makanan.

Kelebihan yang tidak ternilai itu telah mendorong banyak usaha pemuliharaan dan pemeliharaan hutan dijalankan oleh pelbagai agensi sama ada di pihak kerajaan sendiri mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Inisiatif itu adalah bertujuan untuk memastikan kawasan hutan dipelihara dengan baik agar bebas daripada aktiviti pembalakan yang hanya mengutamakan keuntungan tanpa mengambil kira kesan kepada alam sekitar.

Jika dilihat dari perspektif kajian biologi, sebenarnya terdapat banyak lagi spesies flora dan fauna di dalam hutan Malaysia ini yang belum diketahui kewujudannya.

Justeru bagi menggalakkan aktiviti kajian dan penyelidikan saintifik hutan khususnya di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini menganjurkan Ekspedisi Penyelidikan Saintifik di Hutan Simpan Ayer Hitam Puchong, Selangor bermula 13 hingga 16 April lalu.

Penganjuran ekspedisi kali kedua itu adalah bertujuan untuk mengumpul maklumat terbaru flora, fauna dan juga kepelbagaian biologi yang tidak direkodkan dalam ekspedisi pertama yang telah dijalankan pada 2 hingga 5 Mei 2000, selain menubuhkan kawasan Hutan Pemeliharaan Bernilai Tinggi (HCVF).

Dengan tema Kesan Pembangunan Sekeliling ke atas Biodiversiti dan Ekosistem Hutan Simpan Ayer Hitam, ekspedisi itu memberi tumpuan kepada kajian biologi, fizikal dan sosio-ekonomi.

Menurut Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah, aktiviti kajian di kawasan hutan tersebut merupakan sesuatu yang unik kerana ia merupakan satu-satunya hutan tanah pamah diptrokarpa yang terdapat di Selangor.

''Kita juga sangat beruntung kerana ekspedisi ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada pihak Jabatan Perhutanan Negeri Selangor,'' katanya ketika merasmikan ekspedisi itu di kawasan tapak perkhemahan hutan simpan tersebut di Puchong, Selangor baru-baru ini.

Hutan simpan itu yang terletak lebih kurang 20 kilometer (km) dari UPM dan 45 km dari Kuala Lumpur mempunyai keluasan 1,248 hektar.

Ia merupakan kawasan penyelidikan, pengajaran dan pengembangan perhutanan yang telah dianugerahkan kepada UPM secara perjanjian jangka panjang selama 80 tahun oleh kerajaan Negeri Selangor sejak 1996.

Apa yang unik, kawasan yang dikelilingi oleh pembangunan perumahan pesat itu telah didiami oleh orang asli dari suku kaum Temuan sejak 400 tahun dulu.

Sementara itu, Dekan Fakulti Perhutanan UPM, Prof. Madya Dr. Awang Noor Abd. Ghani pula berkata, kawasan tersebut sememangnya kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna.

''Secara asasnya, sebanyak 30 peratus daripada keseluruhan spesies pokok di Malaysia terdapat di hutan ini selain kepelbagaian faunanya seperti burung, serangga dan mamalia kecil yang unik untuk dikaji.

''Perancangan dan pengurusan lebih aktif akan dibuat selepas ini bagi memastikan maklumat yang diperolehi hasil kajian ini dimanfaatkan sepenuhnya,'' jelasnya.

Antara yang bakal dilaksanakan adalah seperti menganjurkan seminar pembentangan penemuan kajian serta menerbitkannya dalam bentuk jurnal.

Menggalakkan lagi aktiviti kajian biodiversiti hutan, UPM turut melancarkan Stesen Luar Pendidikan dan Penyelidikan di hutan simpan tersebut yang bakal digunakan untuk tujuan pengajaran, penyelidikan dan latihan.

Stesen yang mula dibangunkan sejak November 2007 dan siap pada Oktober 2008 itu menelan kos perbelanjaan sebanyak RM1 juta untuk pembinaan prasarana penginapan, dewan dan pejabat.

Projek tersebut merupakan suatu yang sangat unik kerana ia menggunakan pendekatan Konsep Pembangunan Mampan di mana penebangan pokok adalah terhad dan tiada kerja tarahan tanah dilakukan

Lebih menarik lagi apabila penggunaan jentera berat juga tidak dibenarkan dan sebahagian besar kerja pembinaan dilakukan secara manual.

Kesemua rumah penginapan dilengkapi dengan kemudahan katil, almari, bekalan air, elektrik dan juga rangkaian sambungan internet yang sedang dalam proses pembangunan.

Setiap unit bangunan di dalam stesen tersebut juga dihubungkan melalui jambatan pejalan kaki.

Sebuah makmal khas turut akan dibina oleh Fakulti Perhutanan yang menelan belanja RM18 juta dan dijangka siap pada tahun 2011.

Makmal berkenaan akan digunakan oleh para pelajar dan pensyarah bagi mengumpul maklumat tentang spesies flora dan fauna yang belum ditemui dan mungkin terdapat di hutan simpan berkenaan.

Penubuhannya juga diharap dapat menarik lebih ramai penyelidik sama ada dari dalam atau luar negara untuk menjalankan penyelidikan.

Bersempena pelancaran ekspedisi itu, UPM turut menerima tajaan pembiayaan RM80,000 daripada pihak ExxonMobil untuk penganjuran Kem Pendidikan Alam Semula Jadi (KEMPAS).

Program tersebut sebenarnya telah dianjurkan oleh Fakulti Perhutanan UPM sejak tahun 1977 menerusi nama asalnya Kuiz Sains Alam Semulajadi.

Kesinambungan daripada itu, bermula tahun 2006, konsep program itu telah ditukar daripada bentuk kuiz kepada kem. Namun ia masih mengekalkan objektifnya untuk memberi kesedaran, memupuk rasa cinta dan meningkatkan kefahaman golongan muda terhadap kepentingan alam semulajadi.

Ia terbuka kepada para pelajar tingkatan empat dari semua sekolah menengah di seluruh Malaysia dan dijalankan dalam dua peringkat iaitu ujian bertulis pada 1 April lalu dan kem peringkat kebangsaan pada 1 Jun depan.

Kerjasama yang terjalin dengan pihak ExxonMobil itu sebenarnya telah mencecah usia 33 tahun di mana usaha kolektif tersebut bertujuan mendedahkan para pelajar tentang kepentingan pemeliharaan alam semulajadi.

Bagi meningkatkan lagi keberkesanan penganjuran kem tersebut, ia turut mendapat sokongan daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pada majlis itu juga, UPM melancarkan tiga buah buku berkaitan hutan yang ditulis oleh Pegawai Akademik Fakulti Perhutanan UPM



bro... lame x dengar citerrr???????? ini tempat buleh mandi kaaaa??? Thu 30-Apr-2009 06:30
Posted by:yazitrazali
Add comment


Sunday, 15-Mar-2009 10:37 Email | Share | | Bookmark
Demostrasi Bantahan PPSMI ( Masjid Negara, Kuala Lumpur )

Berkumpul untuk Bantahan
Berbincang dengn pihak berkuasa
Merempuh halangan FRU
View all 17 photos...
Orang Ramai yang hadir di Masjid Negara bertujuan untuk bantahan terhadap Pengajian dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara pada 07 Mac Lalu....di anggarkan kira-kira 7,000 orang berkumpul bagi mengada perarakan ke Istana Negara, Pasukan PDRM mengegeaskan anggota polis simpanan (FRU) bagi menghalang demostrasi jalanan kerana tiada permit kebenaran perarakan tersebut. PPSMI hanya mendapat permit untuk berhimpun di Masjid Negara. Melihat keadaan yang kurang terkawal, FRU terpaksa melepaskan gas pemedih mata kepada para penyokong PPSMI bagi menyuraikan perarakkan tersebut, di Ibukota baru-baru ini......






Care to comment?


Monday, 1-Dec-2008 06:22 Email | Share | | Bookmark
Santai bersama Akhtar, dj Konti Suria.fm.

Banner Suria
Konti Suria
Top Konti
View all 8 photos...



mana ada piiiiii john.....rindu..... Tue 24-Feb-2009 17:20
Posted by:Mahthir Muhamad infra_niaga@yahoo.com  - [Link]
Bro.. cam ingat2lah muka.. kenal tak? hehe.. takde facebook ker bro?? Mon 6-Apr-2009 06:26
Posted by:Shila pretty_eyesjb@yahoo.com
Bro.. cam ingat2 lupalah muka.. kenal tak? hehe.. takde facebook ker bro??kalau der add kita kat essilah_eris79@yahoo.com. da da.. Mon 6-Apr-2009 06:26
Posted by:Shila pretty_eyesjb@yahoo.com
View all 7 comments Add comment


Monday, 1-Dec-2008 06:06 Email | Share | | Bookmark
Di balik cermin diri Nurul...

 
 
 
View all 6 photos...




dia dah lama aku nak tekel dari dia stay padang serai lagi Fri 2-Jan-2009 06:59
Posted by:Tok Wan Ampang  - [Link]
nice foto...uniq... Mon 1-Jun-2009 06:56
Posted by:iela ielafloralie@yahoo.com
Add comment


Monday, 1-Dec-2008 05:45 Email | Share | | Bookmark
Persembahan Teater Tun Abdul Razak di ASWARA

 
 
 
View all 6 photos...


Care to comment?


Monday, 1-Dec-2008 05:26 Email | Share | | Bookmark
Hoki: Malaysia vs Royal Air Force Thailand

 
 
 
View all 5 photos...

Care to comment?


Monday, 1-Dec-2008 04:46 Email | Share | | Bookmark
Gelagat budak sekolah bersukan...

 
 
 
View all 6 photos...
Gelagat Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah di Kajang sewaktu mengadakan sukan tahunan, hanya untuk berkongsi bagi memaparkan gelagat pelajar-pelajar SMKSAAS....

taruk la gambaq gelagat hang... hja ha ha ,, lame x jumpe bro... Wed 14-Jan-2009 09:06
Posted by:yazitrazali yazit@nstp.com.my
Add comment


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.