Want your
own Fotopage?















 
djohn's FotoPage
djohn shahrin
[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Thursday, 1-Oct-2009 18:12 Email | Share | | Bookmark
Aishah AF 7 dan Zizie AF 7

Aishah merenung jauh
Aishah tarik beg baju
Aishah pose 1
Aishah pose 2
Zizie nak balik kampung
Zizie posing 1
Zizie posing 2
Zizie dan Aishah tunggu nak check-in
Zizie dah tak sabar nak balik, Aishah lak tetiba blurr!!!
View all 11 photos...
Zizie, Aishah ceria pulang beraya

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
Lokasi KLIA (Terima kasih Bahagian Komunikasi Korporat Malaysia Airport)






KERIANGAN dan kegembiraan jelas terpancar pada wajah dua penyanyi yang dicungkil dari rancangan realiti Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh sebaik tiba di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Rasa teruja kerana baru lepas pulang beraya di kampung halaman selama dua minggu. Nur Fazelah@Zizie Mad Tahil, 24, atau Zizie bersama rakan seangkatannya, Siti Aishah Bujang, 18, adalah antara artis dari Sabah dan Sarawak yang mencari rezeki ke Kuala Lumpur. Ini merupakan tahun pertama mereka pulang ke kampung sebagai artis.

Adik bongsu kumpulan The Fabulous Cats, Zizie merasakan semua ‘dendam’ untuk bersama keluarga terbalas setelah tidak pulang lebih tiga bulan lalu. Kesempatan pulang ke Kota Kinabalu dihabiskan sepenuhnya dengan mengadakan aktiviti bersama ahli keluarganya

“Sebenarnya, Zizie sudah lama nantikan pulang ke kampung macam ini. Biasalah, nak beraya sambil bercuti sekaligus sambut Hari Raya Aidilfitri, “ ujar anak bongsu daripada enam beradik ini.

Bercerita tentang aktivitinya sepanjang percutian, Zizie memberitahu, setiap hari dia pergi pasar basah bersama ibu dan sepupunya untuk membeli bahan mentah masakan.

“Disebabkan keluarga Zizie besar, Mummy akan ajak adiknya, Ummi untuk masak bersama-sama dan pastikan senarai menu masakan kegemaran anak-anaknya ada. Bila sudah siap masak tu, penuh satu meja sampai Zizie sendiri tak tahu nak makan yang mana satu,” kata Zizie yang meminati nasi himpit dengan kuah kacang ini.

Mengenai pengalaman lucu ketika menyambut Hari Raya sebelum dia memasuki AF, kata Zizie, ada sekumpulan kanak-kanak yang datang beraya ke rumahnya kira-kira pukul 7 pagi.

Ketika itu, dia ke depan rumah menjemur pakaian setelah ibu bapanya ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Kesemua kanak-kanak itu mendesak untuk masuk ke rumah sedangkan dia belum bersedia untuk menerima tetamu. Disebabkan itu, Zizie terpaksa mengaku sebagai pembantu rumah di hadapan mereka.

Bintang baru, Aishah juga tidak terkecuali teruja meraikan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Kepulangannya ke Kuching dua minggu lalu sarat dengan buah tangan untuk ibu bapanya, Bujang Narawi, 62, dan Aini Sebli, 56, serta adik beradik lain.

“Beberapa hari sebelum raya, Aishah pergi membeli-belah barangan untuk mereka. Kebanyakannya adalah pakaian kerana fesyen di Kuala Lumpur banyak yang menarik. Tetapi disebabkan ada banyak jualan murah, Aishah beli jugalah, “ jelasnya.

Gadis comel ini juga memakai baju kurung setiap hari semasa di sana. Ini kerana budaya kaum Melayu di sana yang menjadikan pakaian kebangsaan tersebut sebagai sebahagian daripada kemeriahan Syawal.

“Jangan tak percaya, Aishah dah susun semua baju kurung Aisyah mengikut giliran. Jadi, tidak lah nampak canggung kalau terpakai baju sama yang berulang,” katanya.

Aishah juga sebenarnya takut dengan semua jenis mercun termasuk mercun pop-pop. Sebab itu, Aishah tidak seperti remaja lain yang keluar rumah untuk bermain bunga api pada malam raya sebaliknya membantu ibunya di dapur.

Aishah juga mengambil kesempatan percutiannya untuk mempelajari cara membuat kek lapis Sarawak daripada ibunya yang turut menjual kek itu secara kecil-kecilan.




bro..aku suka la ngan budak bju hijau tu..tmbah2 senyuman dia...bro kalau jumpa kirim salam bro Thu 10-Dec-2009 06:14
Posted by:asri as_mj@yahoo.com
Cun! Bnyk idea dpt nih! Thu 10-Dec-2009 23:03
Posted by:Yusuf Arifianshah  - [Link]
tu dia..
ambik gmbr artis..hebat nih..hehehe
Fri 11-Dec-2009 14:20
Posted by:snappshooter  - [Link]
View all 19 comments Add comment


Wednesday, 19-Aug-2009 12:17 Email | Share | | Bookmark
Pengantin KAJANG - Shairul & Amy

Front page Amy & Shairul
Amy & Shairul 002
Amy & Shairul 003
Amy & Shairul 004
Amy & Shairul 005
Amy & Shairul 006
View all 39 photos...












Ini adalah Contoh bagi story album 12 x 10 inch, perbezaannya dengan 8 inch x 12 inch adalah sangat berbeza, untuk album ini saiznya lebih besar dari yang di tunjukkan sebelumnya, para pelanggan boleh memilih pakej yang di kehendaki.
Di kesempatan ini juga EYERIS PHOTOGRAPHY ingin mengucapkan tahniah dan syabas buat pasangan Shairul dan Amy yang telah selamat di ijabkabul serta majlis resepsi yang sangat meriah sekali, pihak EYERIS PHOTOGRAPHY sangat puas hati merakamkan saat2 kemeriahan dan gelegat-gelagat pada majls tersebut yang mana tidak dapat di paparkan dalam blog ini atas sebab-sebab tertentu. Semoga perjalanan anda berdua bahagia hingga akhir hayat, dan kekal buat selama-lamanya...AMIN.
Kepada anda yang mempunyai kemuskilan berhubung dengan pakej dan perkhidmatan yang di tawarkan, anda boleh menghubungi dengan kadar segera kepada pihak EYERIS PHOTOGRAPHY bagi mendapatkan maklumat lanjut secara terperinci di talian 0192668891.
Beberapa lampiran yang di paparkan selepas ini adalah single frame (with-out design) yang di keluarkan dalam bentuk 4R, sebagai gambar contoh yang anda dapat dalam pakej kami. Sekian, Terima Kasih.

-DjohnSHAHRIN, D.o.P EYERIS PHOTOGRAPHY-





























Salam perkenalan...
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Cantik gmbr2 kat sini.. penuh dgn seni yg tersendiri..
mmg profesional...syabas..
Mon 21-Sep-2009 18:09
Posted by:olex olex8137@yahoo.com  - [Link]
salam aidilfitri....pic yg sgt cantik dan menarik Thu 15-Oct-2009 10:56
Posted by:crewphotography kltwins@hotmail.com  - [Link]
Merisek Chenta is an alternative online wedding boutique that offers LOW BUDGET ITEM & WEDDING PACKAGEs; yet STYLISH Wed 21-Oct-2009 10:00
Posted by:Merisek Chenta  - [Link]
View all 22 comments Add comment


Wednesday, 5-Aug-2009 06:57 Email | Share | | Bookmark
spa d'AURA

Mock-up spa
senarai harga
rempah ratus
View all 17 photos...


Kepada anda yang sedang mencari perkhidmatan jurugambar bagi membuat fotografi perniagaan anda untuk di jadikan broucher , internet webpages, atau sebagainya.... Eyeris Photography sedia menjalankan tanggungjawab untuk membuat dengan sebaik mungkin, dengan penghasilan yang pasti memuaskan hati anda, dengan bersama Eyeris Photography, anda akan tersenyum puas dengan penghasilan artistik dan kreatif, aturkan temujanji anda bersama kami.....pastinya anda tidak kecewa dengan perkhidmatan serta penghasilan yang di terima nanti, harga boleh di runding......

-D.O.P Eyeris Photography-


Di sini di sertakan beberapa keping gambar sebagai contoh untuk anda melihat beberapa hasil yang tersedia ada. Kepada yang berminat, sila hubungi segera nombor yang tertera pada poster iklan. Terima Kasih.














Spa bertaraf lima bintang

Oleh IZYAN LIYANA MOHD DARIF
izyanliyana.mdarif@kosmo.com.my


MENGUNJUNGI spa D Aura, Seri Kembangan, Selangor, menjentik pengalaman yang mengasyikkan.
Tiada siapa menyangka spa yang terletak bersebelahan bangunan Plaza South City itu, menawarkan
perkhidmatan spa bertaraf lima bintang dan eksklusif.

Segala-galanya bermula saat anda melangkah kaki ke dalam perut spa. Fikiran yang kusut sebelum ini
bagaikan larut apabila haruman lembut aroma terapi mula menusuk hidung. Ketenangan minda semakin dirasai
ketika staf D Aura menyapa mesra dan membantu pengunjung membuat pilihan rawatan.
Alunan muzik kicauan burung dan bunyi kocak air sungai pula bagaikan simbolik memberi amaran kepada pengunjung s
upaya melupakan seketika bebanan tugasan dan kesibukan hiruk-pikuk kota.
Kehadiran anda di spa D Aura hanya perlu menenangkan fikiran dan meregangkan tubuh badan.

"Kami sentiasa berusaha mencipta atmosfera dalaman spa yang tenang dan romantik
khas buat tatapan pengunjung. Spa D Aura cukup memahami bahawa 'misi' pengunjung ke sini adalah untuk mendapatkan rawatan dan berehat.

"Jadi kami akan memastikan mereka benar-benar berehat dan menikmati rawatan yang dipilih sebaik-baiknya," ujar Pengarah Spa D Aura, Dina Abu Bakar yang pernah mengusahakan spa mini di Seri Kembangan dan Johor Bharu, pada tiga tahun lepas.

Menariknya mengenai spa D Aura yang baru dua bulan beroperasi, kekuatannya terletak pada perkhidmatan spa yang terdiri daripada jakuzi, mandi wap dan sauna. Gabungan ketiga-tiga perkhidmatan ini seperti mengembalikan populariti spa
yang diamalkan oleh masyarakat Greek dan Rom.

Seperti yang diketahui, sebelum kurun ke-16, masyarakat kerap mengunjungi spa untuk melakukan aktiviti
mandian kolam air panas atau kolam yang berpunca daripada mata air. Masyarakat pada waktu itu menyifatkan
aktiviti rendaman dapat memulihkan masalah kulit dan menyihatkan tubuh badan.

Pada masa yang sama, pembinaan spa di Greek pada zaman tersebut juga bertujuan memulihkan
kumpulan askar yang mengalami kecederaan dan dijadikan pusat rekreasi. Atas faktor tersebut juga,
orang Rom, pada 2,000 tahun dahulu mengambil inisiatif yang sama dengan membina kolam air panas, Bath (bandar air panas) di United Kingdom.

Hanya berharga RM58

"Dengan keluasan spa 1,367 meter persegi, ia memudahkan kami menempatkan kolam air panas (jakuzi),
bilik mandian wap dan sauna di bahagian yang sama. Oleh itu, mereka boleh melakukan aktiviti sauna, mandian wap
dan berendam dalam jakuzi tanpa had masa. "Banyak kelebihan yang boleh diperoleh daripada kombinasi tiga aktiviti ini.
Ia bukan sahaja menyegarkan badan malah melancarkan peredaran darah, mengeluarkan toksin,
menghaluskan kulit dan memecahkan lemak," jelas Dina, 28, mengenai pakej perkhidmatan tersebut
yang berharga promosi RM58 sahaja.

Namun begitu, selain berpeluang menikmati ketiga-tiga perkhidmatan , bayaran RM58 itu
turut merangkumi perkhidmatan menonton televisyen, berehat di ruang bacaan dan menjamu selera di kafe spa.
Sekiranya bosan mengunjungi spa sendirian, anda disarankan membawa teman-teman.
Usah bimbang mengenai keluasan ruang kerana D Aura mampu memuatkan antara 30 hingga 50 orang
dalam satu masa.

Bagi mendapatkan sesi rawatan badan pula, pengunjung tidak perlu menunggu lama memandangkan D Aura
menyediakan 20 bilik rawatan yang dilengkapi dengan bilik air.


Khas buat wanita

Memahami golongan wanita tidak gemar berkongsi spa bersama kumpulan lelaki, perkhidmatan di spa D Aura
hanya dibuka untuk pelanggan wanita saja. "Kebanyakan pengunjung kami terdiri daripada wanita Arab,
Iran dan Kazakhtan yang menetap di kawasan perumahan di sini. Kumpulan ini begitu menitik beratkan soal aurat
dan enggan memasuki spa sekiranya terdapat pelanggan lelaki.

"Di dalam spa, mereka ingin bebas melakukan rawatan hanya berpakaian kimono berbanding terpaksa membaluti tubuh
dengan jubah dan tudung. Lagipun kami ingin mengelakkan masalah sosial dan tuduhan menawarkan perkhidmatan
yang negatif," tambah Dina yang mempunyai 10 staf yang berpengalaman.[b]

as-salam....
d spa looks very
exclusive.......&
harganyer berpatutan...
nampak nyer..

Tue 18-Aug-2009 11:00
Posted by:Kurie  - [Link]
amik pix aku kawin bleyyy... he he he he Sun 13-Sep-2009 15:52
Posted by:yazitrazali
Well.. good job and edited. Teruskan usaha anda.. Sun 20-Dec-2009 14:28
Posted by:M.Ramlee Kamarudin idora818@streamyx.com  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Friday, 24-Jul-2009 09:36 Email | Share | | Bookmark
Iklan Pakej Perkahwinan (Story Album 8 in x 24 in)

Contoh Album Story sahaja
Contoh Album Story dan Album 4R
Page 1 dan 2
View all 12 photos...
IKLAN PAKEJ PERKAHWINAN

dua jenis pakej perkahwinan
PREMIER pakej dan GOLDEN Pakej






Tempahlah sekarang, JANGAN BIARKAN KENANGAN ANDA TERPADAM BEGITU SAHAJA.......tak rugi, kenangan anda bakal di abadikan di album yang sangat eklusif dan terpahat sehingga akhir hayat, jangan lepaskan peluang pakej promosi dari EYERIS PHOTOGRAPHY yang menjanjikan kepada anda 1,001 kenangan sekali dalam seumur hidup anda.... marilah kita jamu mata STORY ALBUM dari saya......




















lokasi mmg biasa jek..tapi jadik superb dengan angle yg baik dan tepat
re: thanks..color bunga tu bukan 'dibuat' tapi dah anugerah Allah..waterdrop tu jek yang buat sendiri..
Sun 2-Aug-2009 02:30
Posted by:mshafie shafie_81@yahoo.com  - [Link]
kursus penanaman cendawan tiram kelabu yg ringkas & mudah utk difahami . . .


http://dusuntua.fotopages.com


http://rnzkraf.fotopages.com
Sun 2-Aug-2009 06:23
Posted by:Dusun Tua  - [Link]
wow...hebat gambar ....mengancam habis gambar artis tu... sebagai photogarpher aku memang jealous dengan u ...heeehee jgn mare... Sun 2-Aug-2009 08:00
Posted by:issaraynie  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Sunday, 12-Jul-2009 03:27 Email | Share | | Bookmark
Tempias Cinta Ayu Raudah

Ayu pose di kerusi
bersandar di dinding
natural light
View all 9 photos...
Pemuja pemain bola


Oleh SOFIATUL SHIMA
WAN CHIK
sofiatul.chik@kosmo.com.my



SEWAKTU wajah Ayu Raudhah dioles Tiar Zainal, tidak habis-habis dia diusik jurusolek mahupun pemilik butik yang menaja busana dan lokasi, Datin Lynda Rahim. Semua sudah maklum akan gosip terbaru yang berterbangan di udara.

Kisah kononnya Ayu, 25, sedang menjalin hubungan dengan pemain penyerang pasukan bola sepak Liga Super Negeri Sembilan,
Zaquan Adha, 21. Ayu sekadar ketawa. Habis kuat pun dia akan mengusik kembali seolah-olah orang yang lain pula yang sedang digosipkan.
Sekali-sekala dia beraksi blur dengan usikan terhadapnya.

Kembar Zaquan, Aidil Zafuan yang juga pemain pertahanan skuad yang sama, berkahwin dengan pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 32,
secara senyap-senyap di Songkhla, Thailand pada Februari tahun lalu. Rahsia perkahwinan itu didedahkan Disember lalu selepas Rita disahkan
mengandung dua bulan.


Terima trend artis - bintang sukan


Lalu daripada ketawa kecil terus menjadi usikan, Ayu dan si dia dikategorikan dalam tempias cinta klasik 'artis-ahli sukan' yang sudah berlaku
sejak sekian lama.

Kalau dahulu nama-nama seperti Haleeda-Azman Adnan, Shahril Arshad-Ani Morat, dan Aidil Zafuan-Rita Rudaini, kini timbul pula gabungan
Ayu Raudhah-Zaquan Adha. Gosip 'cinta'nya merebak bak kertas litmus yang menyerap air. Begitu pantas. "Memang benar apa yang keluar
di akhbar. Saya dan Zaquan Adha keluar bersama. Pertama kali keluar ke Hartamas Square, makan bersama dan sungguh tidak disangka ia
terus jadi bahan gosip."Begitu juga pertemuan seterusnya, ketika perlawanan pasukan Kedah bertemu Negeri Sembilan di Stadium Darul Aman,
Alor Star."Boleh kata hari-hari cerita itu keluar. Kalah sewaktu saya bercinta dengan artis dulu," ketawanya manja.

Ayu yang berasal dari Alor Star sebelum ini digosipkan bercinta dengan pelakon, Pekin. Ayu dan Pekin pernah bersama berlakon dalam beberapa
drama antaranya Manjalara, Sutera Maya, Jamilah dan Cinta Terhalang.Ulas Ayu yang mahu segalanya terungkai dan difahami khalayak,
hubungannya dengan Zaquan masih di tahap perkenalan. Itu pun bukan dirancang.Bermula dengan makan beramai-ramai di sebuah meja,
ia diikuti dengan keluar berdua sebagai kawan. "Kalau betul ada hubungan, saya tak akan nafikan. Tapi ini baru dua kali keluar
dan kami pun tidak bercakap apa-apa tentang hubungan ini. Kalau betul bercinta, tak apa juga. "Semuanya menjadikan keadaan agak kekok.
Belum apa-apa sudah digosipkan. Segan saya," ujar adik kepada pelakon, Rozita Che Wan ini.

Ayu juga berkongsi cerita bahawa dia merupakan peminat sukan bola sepak. Katanya, Selangor merupakan pasukan yang kuat sekarang,
begitu juga Kedah yang pernah menjuarai carta liga.Ayu malah sanggup berjaga malam sewaktu zaman persekolahan dahulu hanya
untuk menonton Piala Dunia. Maka tidak salah kalau kelibatnya kini kelihatan di stadium ataupun padang bola. Itu semua atas dasar
minat juga.




Orang cuma tahu nama



Ayu ternyata kurang senang dengan gosip cintanya diperkatakan. "Mungkin ini masa kisah cinta saya hangat dibualkan.
Sebelum ini, perjalanan karier saya bebas daripada gosip. Tapi saya akur. "Cuma saya harap cerita seperti ini tidak akan menutup ruang karier saya.
Sebagai pelakon baru, saya mahu khalayak melihat lakonan saya dahulu, bukan mendengar gosip cinta saya," pintanya manja.
Sempat juga dia membuka cerita perihal bagaimana umum mengenalinya. Percaya atau tidak katanya, orang luar hanya mengenali
nama Ayu Raudhah tapi bukan peribadinya. "Bila saya keluar, ramai tak kenal tapi bila saya sebut nama, baru mereka tahu
sayalah Ayu Raudhah itu," ketawa dia bercerita.

Hal ini berlaku katanya mungkin kerana personalitinya yang berubah-ubah. Dalam kaca televisyen dia terlihat lain berbanding di luar.
Namun, Ayu tidak menganggapnya satu masalah. Apa yang penting, orang ramai tahu kehadirannya sebagai pelakon.
Sekarang selain sibuk di lokasi drama Nur Kasih, dia baru sahaja selesai penggambaran filem Empat Madu arahan Profesor Madya Abdul Razak Mohideen.
Membawakan watak Tipah, karakter itu akan mempamerkan Ayu sebagai seorang yang banyak ketawa sebelum memulakan perbualan.

"Saya juga baru pulang dari Kemboja, 10 hari saya di sana menghabiskan penggambaran drama Lara. Saya bawa watak Suri,
seorang gadis Melayu Kemboja. Stail cakap agak meleret-leret," terangnya yang menghadapi masalah kulit disebabkan perubahan cuaca di sana.





Cita rasa lelaki



Sebelum berakhir sesi fotografi yang tebal sulaman ketawa Ayu serta pertuturan dialek Kedahnya, sempat si gadis berkongsi cita rasa.
Katanya, dia gemarkan lelaki yang lebih berusia daripadanya yang baru menerjah 25 tahun.
"Kalau ikutkan cita rasa, saya sukakan lelaki yang lebih tua daripada saya. Kalau boleh biarlah 10 tahun lebih tua.
Tapi yang penting saya mahukan lelaki yang menyayangi dan memahami saya," katanya ketawa lagi.
Diusik cinta lelaki muda melihatkan Zaquan baru berusia 21 tahun, dia kembali ketawa. Komennya secara umum, lelaki yang muda
walaupun ada lagak matang namun masih terselit kebudak-budakan.
Bukanlah satu tabu jika berkasihan dengan lelaki muda, namun segalanya sudah ditentukan Tuhan.
Ayu hingga kini belum merancang apa-apa kerana masih meletakkan kerjaya di tangga pertama.



salam bro... saya member abg adie... kita sama2 shot diana rafar. saya bagi bro pinjam cf card masa wedding diana ari tu... kalau lepak ngan abg adie saya mesti ada... Mon 20-Jul-2009 07:57
Posted by:arm - Simple Photography  - [Link]
Cun and mantap...Nice work bro... Fri 24-Jul-2009 04:26
Posted by:Azahar-UKiR  - [Link]
bro punya buah tangan memang menjeleskan daku

Entryku kali ini

Sampah sarap bertabur di jalan
Kutip semua masuk ke keranjang
Pandai buat kotor pandailah bersihkan
Tak perlu suruh, semua dah besar panjang
Tue 4-Aug-2009 08:47
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Friday, 10-Jul-2009 10:14 Email | Share | | Bookmark
SUPER HERO: Kamal lelaki Bio-Nik TV3.

Bio-Nik side light
Bio-Nik Hard Light
Bio-Nik Low angle
View all 5 photos...
Kamal lelaki tidak normal

Oleh SOFIATUL SHIMA
WAN CHIK
sofiatul.chik@kosmo.com.my

Melihat senyuman pelakon baru ini, Kamal Adli, 22,
saya terbayangkan senyuman penyanyi antarabangsa, Madonna.
Seperkara yang menyamakan kedua-duanya adalah jarak gigi
mereka. Mungkin itulah yang membuatkan mereka
kelihatan manis dan punya identiti sendiri,
malah mungkin juga faktor rezeki.


Terlekat bunyi-bunyi slanga Pahang sewaktu berbicara,
anak kelahiran Pekan ini seakan-akan hadir secara diam
dan kemudian membuat satu letupan dengan kemunculan
siang dan malam di kaca televisyen dengan cara luar biasa.
Dia menjadi lelaki atau lebih tepat manusia bukan normal untuk
tatapan khalayak.

Tiba-tiba ramai orang bercakap tentang Kamal Si Mawas atau
Kamal Si Bio-Nik, impak dua buah siri televisyennya yang
muncul serentak dan menjadi santapan ramai ketika ini.
Dua watak yang tidak wujud di alam nyata tetapi Kamal membawanya
seolah-olah ia sebenarnya ada.
Dalam siri Zati & Si Mawas, Kamal menjadi mawas yang berbulu lebat
manakala dalam Bio-Nik, Kamal bertukar menjadi superhero
atau adiwira separuh manusia separuh robot.

“Terdetik juga dalam fikiran saya yang kini saya bawakan dua
watak yang lain daripada yang lain. Satu watak di dalam badan
ada besi manakala yang satu lagi menjadi manusia berbulu lebat.
Saya anggap ini rezeki.”

Berkongsi pengalaman membawa dua watak utama dan terus
dikenali malah menjadi chick magnet, dia menyatakan rasa
seksanya bergelar manusia tidak normal.

“Melalui watak Nik dalam Bio-Nik, saya kena jadi robot,
jadi cara duduk pun berbeza. Tidak boleh membongkokkan badan.
Stunt juga saya buat sendiri. Watak Nik perlukan emosi.
Itu menyebabkan sedikit tekanan tapi saya suka.

“Mawas pula membuatkan saya sukar untuk bernafas dalam
kostum berbulu. Saya perlu memberi emosi yang berlebihan
agar dalam kostum juga penyampaian saya dirasai oleh penonton.
Gerak badan dan nada suara perlu betul,” ujarnya yang merupakan
pelajar bidang penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM).



Impak watak utama


Dia sendiri malah merasa impak dua watak tersebut. “Saya dapat dua
reaksi sekali gus dalam satu masa. Kebanyakannya memang positif.
Lucu juga apabila saya didatangi kanak-kanak yang menyuruh saya
membengkokkan besi kerana mereka percaya saya adalah manusia
bionik di alam realiti.”

Sambungnya lagi: “Mak cik- mak cik pula ramai yang panggil saya Mawas
dan tanya pasal bulu-bulu di badan saya. Ada juga kanak-kanak yang takut
menghampiri saya dan menangis kerana fikirkan saya seekor Mawas.”
Kamal nyata bersyukur dengan reaksi yang tercetus hasil daripada dua
lakonannya sebagai watak utama itu.

Namun di sudut hati paling jauh dia juga mengharapkan cerita cintanya
dengan pelakon cantik, Intan Ladyana berlalu dibawa angin. Akibat terlalu
banyak melihat kisah ‘cinta’ mereka terpampang di sana-sini, Kamal sudah
malas membawa bahan bacaan berkisar dirinya.

“Pernah dalam masa dua minggu berturut-turut, kisah saya dan Intan sahaja.
Saya jadi malas membacanya,” katanya tanpa berselindung.

Kamal juga menegaskan dia memang sangat rapat dengan Intan.
Bertentang mata hampir setiap hari untuk tempoh empat bulan di set Bio-Nik,
mana mungkin mengingkarkan persahabatan dan hubungan baik untuk terjalin.


Baru 9 bulan berlakon


Kamal bermula dengan menjadi Hero Remaja 2007/2008 untuk sebuah majalah.
Itu asas yang kuat untuknya bergerak dalam bidang yang mahu diceburinya iaitu
pengacaraan.

Menjual wajah dan gelaran hero, rezekinya terbuka dengan bermula sebagai
pengacara bagi sebuah program rancangan pengembaraan televisyen,
Pandanganku Ceritaku, terbitan Sony. Ia mengambil beberapa tempat
di Jepun sebagai lokasi penggambaran.

Jujurnya, bidang lakonan memang dilakukan secara bidan terjun dan tak terjangkau
dek akalnya dia bergelar pelakon, apatah lagi pelakon utama.
“Saya sebenarnya memang sasar untuk menjadi hos. Itu niat utama saya.
Secara tak sengaja apabila saya pergi uji bakat di Red Communication,
saya mendapat peluang berlakon untuk siri Impian Sunsilk. Ini diikuti dengan siri
Renjis bersama Elyana.”

Baru sembilan bulan bergelar pelakon, Kamal tidak terkecuali merasa kejutan.
“Saya akui komunikasi saya masih lemah. Sedikit pemalu sebenarnya.
“Saya jenis yang tidak pandai menegur orang, memulakan perbualan atau ‘menjual diri’.
Lalu ada orang kata saya sombong. Orang perlu kenal saya dahulu.
Di sebalik malu-malu saya, kalau sudah kenal, saya jenis yang tidak boleh senyap.

“Saya juga akui saya terkejut dengan gosip dan mata khalayak yang memerhati saya.
Orang mahu tahu tentang saya. Itu pelik. Tapi saya fikir kembali,
bila orang ambil tahu maksudnya orang tahu akan kewujudan saya dalam bidang seni.




“Memikirkan itu, saya rasa saya sangat bertuah,”
ungkapnya yang banyak belajar lakonan melalui pemerhatian terhadap karakter orang.

Superhero Malaya masih terkejut

Tidak keterlaluan jika ditafsir bahawa Kamal Adli sudah dapat bayangan menjadi
superhero Malaya. Dengan dua watak kuat yang berbeza zahir dan pengaliran emosinya,
dia menyerlah dalam sekelip mata.

Lalu saya tanyakan dia bagaimana jika dia dilihat membawa gelaran itu.
Apatah lagi, pada musim kedua drama bersiri televisyen pertama terbitan KRU Studios,
Bio-Nik kelak dia akan menyarungkan kostum adiwira.


Dia ketawa. Jawapannya sentiasa mengalir dengan perkataan ‘entahlah’.
Bukan tidak yakin tetapi dia masih mengalami kejutan dengan pemerhatian
para karyawan dan peminat.

“Tidak tahu mahu komen.
Tapi saya sangat bersyukur dengan impaknya. Banyak yang perlu saya pelajari.
Jika disebut superhero, saya tidak ada komen,” ujarnya.

Bila ditanya siapakah adiwira yang difantasikan menjadi dirinya,
jawab Kamal: “Superman sebab boleh terbang. Tidak perlu susah-susah membayar duit petrol.
Juga boleh lepak atas awan,” jawabnya melucu mengakhiri sesi temu ramah dan kemudian
bergaya dengan mudah di hadapan kamera.


pose kat tangga tu menarik.. Sun 12-Jul-2009 02:57
Posted by:mshafie shafie_81@yahoo.com  - [Link]
terima kasih kerana sudi melawat FP saya nanati boleh sembang2 kat luar Mon 24-Aug-2009 10:44
Posted by:airun isam arifin airun7576@yahoo.com
Add comment


Saturday, 27-Jun-2009 08:34 Email | Share | | Bookmark
Nature life of animal

Bangau
Bangau solo
Bangau Landing
View all 28 photos...
Habitan kehidupan haiwan dan Alam


Sama-sama kita menghayati apa yang sempat saya rakamkan pada kali ini mengenai beberapa contoh kehidupan dan habitan haiwan yang berkait rapat dengan alam semulajadi. Betapa besarnya kuasa tuhan yang maha Esa yang mencipta makhluk di muka bumi ini dengan cara kehidupan habitat itu tersendiri, hargailah alam semulajadi dan kehijauan tumbuh-tumbuhan, hargailah ketenangan serta kedamaian...

Allahualam bil sawab - djohnPHOTO a.k.a John Jenin























mak ai
lens buloh lemang
btw, nice collections here
re:yup,teloq bateq
Sat 4-Jul-2009 12:45
Posted by:Ieda-FotoClick clustergolgi@yahoo.com  - [Link]
gambar harimau tu cun... memang best... Sun 5-Jul-2009 15:30
Posted by:LITTLESTARS littlestars_studio@yahoo.com.my  - [Link]
abg john.. lama x dengar citer... cbok sgt ke.. jom lah sekali sekala lepak kat tmn dagang.. kan.. gmb2 haiwan nih mmg best.. bergerak2 tuh yg wat kita sabar nk shot.. so gmb racing kete moto ke xde ke.. nk gak layan.. Fri 10-Jul-2009 18:07
Posted by:hawauroya btk5511@yahoo.com  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Wednesday, 27-May-2009 08:32 Email | Share | | Bookmark
Kemalangan Maut di Jalan Sungai Besi-Salak Selatan

Anggota Polis memeriksa keadaan mayat.
Siasatan terperinci
Polis mengenalpasti identiti mangsa nahas
View all 9 photos...
PERHATIAN:

Foto-foto Kemalangan Maut
ini mungkin ada sesiapa yang tidak mampu atau tidak sanggup untuk melihat, kerana mangsa berkeadaan pecah kepala. Barang sesiapa yang tidak tahan atau mabuk pada darah, anda di nasihatkan tidak menonton paparan yang di papar dalam blog saya. Paparan ini bukanlah untuk mengaibkan sesiapa, ia sekadar untuk renungan kita bersama supaya kejadian seperti ini tidak berulang dan menjadi iktibar kepada kita semua.
-GAMBAR HANYA SEKADAR HIASAN-








bile nak wat blog laen??????????lame tgu nie.....wat la blog gmbar sendiri...asyik ambik foto orang je....... Thu 4-Jun-2009 10:25
Posted by:iela ielafloralie@yahoo.com
x takut pon tgk pic tapi kalau relaiti tak tau...maybe aku pon nangisssssss Fri 7-Aug-2009 00:37
Posted by:mariam mar_fyan@yahoo.com
RE: ko mmg kecik tak takut....sbb bukan sedara mara ko....
kalau sedara mara....uiii tak tahu la...bley pengsan nengok canggini.....aku pun sadis juga tgk time amek gambo ni, mmg tragis skali...aku lak mmg fobia dgn darah...alahai....
meremang bulu roma time polis buka plastik itam yg tertutup mayat tu...uiii...mintak simpang 44 malaikat.....
Mon 10-Aug-2009 05:44
Posted by:DjohnSHAHRIN djohnphoto@yahoo.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 27-May-2009 07:27 Email | Share | | Bookmark
APABILA AIR EMPANGAN HULU LANGAT DI LEPASKAN.....

Pengguna jalanraya yang terperangkap dalam kesesak akibat banjir
sesak akibat banjir
Redah banjir
View all 20 photos...
Mari kita berfikir sejenak
RENUNG-RENUNGKAN NASIB MEREKA.......

Siapa sangka, banjir yang datang tiba-tiba, miskipun tiada hujan renyai pada pagi hari, air boleh di bahkan dengan sekelip mata....

beginilah yang terjadi kepada penduduk-penduduk penempatan kawasan Hulu Langat, dari Kampung Sungai Congkak sehinggalah ke Kampung Sungai Serai.

TRAUMA... inilah perkataan yang mampu di perkatakan oleh mereka-mereka yang terlibat serta kerisauan yang di alami mereka pada setiap tahun apabila tiba musim hujan berpanjangan.

Bermula jam 9 pagi, air mula menaiki di Kawasan Sungai Congkak menyusuri ke Batu 8 sehingga ke Kampung Sungai Serai dan berlarutan sehingga jam 6 petang, Pihak Bomba dari Balai Pandan Indah dan Kajang, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dan Pasukan Polis, sedia membantu para penduduk yang mengalami bencana ini, segala peralatan elektrik serta barangan keperluan yang lain, habis di telan banjir kerana air dari empangan yang di lepaskan.

Apa yang pasti, jika air di empangan Hulu Langat tidak di lepaskan, berkemungkinan akan terjadi episod lain yang lebih menyayat hati, di sebabkan kuantiti air yang berlebihan.

NAMUN....Siapakah patut di persalahkan??? Hujan?? Penduduk??? atau pihak pengawalan empangan....









caya lah bro..sgup redah air..nak daptkan gmbr punya pasal..asal xselam je trus.hehe

bro ni aku punya link: http://aiefoto.fotopages.com dan http://www.flickr.com/photos/zurasri/
Thu 28-May-2009 03:04
Posted by:asri as_mj@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Wednesday, 27-May-2009 07:07 Email | Share | | Bookmark
Perlawanan Kriket

ukm vs uia 001
ukm vs uia 002
ukm vs uia 003
View all 10 photos...





Care to comment?


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.