|
|
| Tuesday, 21-Feb-2012 14:57 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mikha Tambayong (Heroin Sinetron Indonesia: Nada-Nada Cinta)
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 13-Feb-2012 12:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
HOTEL HOLIDAY VILLA RESORT, SUBANG JAYA.
|
|
Suasana Hotel Holiday Villa Subang Jaya di bahagian utama
HOLIDAY VILLA MENDAMAIKAN
BERLATAR BELAKANGKAN konsep dekorasi moden serta klasik, Hotel Holiday Villa & Suites, Subang Jaya, Selangor masih ‘segar’ walaupun bakal berusia 25 tahun tidak lama lagi.
Hotel yang menjanjikan landskap tasik memukau menawarkan lebih 300 bilik dengan harga serendah RM250.
Krew Jurnal berpeluang menetap hampir seharian di hotel tersebut.
Sebaik melangkah memasuki lobi utama, pandangan mata terus terarah kepada kolam renang besar yang bersaiz olimpik.
Pemandangan kolam renang bersaiz olimpik dan kolam renang kanak-kanak berlatar belakangkan tasik menyajikan suatu pemandangan indah dan mendamaikan.
Untuk anak-anak jangan khuatir kerana ada kolam khas disediakan.
Tidak cukup sekadar kolam renang, anda juga boleh duduk berehat di meja dan kerusi kayu di bawah rimbunan pokok besar menghasilkan suasana yang redup.
Pokok-pokok kelapa, palma dan dukung anak pasti membuai perasaan seperti berada ditepi pantai.
Pengurus Perhubungan Awam Holiday Villa Hotel & Suites, Mazlin Abdul Malik memberitahu, jika pengunjung bernasib baik, mereka dapat melihat tupai bermain-main di sekitar kolam dan jika haiwan itu kurang bernasib baik ada yang akan terjatuh ke dalam kolam renang.
“Malah, burung-burung yang terbang dengan suara berkicau sebelum singgah di pokok kelapa dan palma di tepi kolam,” ceritanya.
Bagi mereka yang gemar bersenam, kemudahan gimnasium, gelanggang tenis, badminton, skuasy, ping pong pasti menjadi medan memerah keringat sehingga puas.
ruangan rehat mempunyai restoran mini di bahagian lobby yang ideal menyajikan pemandangan hijau di sekelilingnya
Kawasan luar Ballroom Holiday Villa Resort yang sentiasa mendapat sambutan untuk majlis perkahwinan kerana suasana berkonsepkan taman.
kunjungan ke relaxation spa Ambaras menjanjikan ketenangan.
Urut tekanan
Terletak bersebelahan, Ambaras Relaxation Spa yang berkonsepkan gaya Bali klasik dan kontemporari pasti menjadi sasaran individu yang berhasrat menghilangkan lenguh-lenguh badan.
Sambil menikmati urutan suasana tenang pasti terlekat di sanubari kerana spa itu dikelilingi dengan rimbunan pohon yang menghijau serta tiupan angin sepoi-sepoi bahasa.
Terasa seperti di Bali, Indonesia kerana persekitarannya masih mengekalkan ciri tradisional.
Alunan muzik klasik selain bunyian unggas di hutan cukup melegakan walaupun sekadar dimainkan dari pemain video cakera padat.
Faktor permainan warna lampu terang dan gelap serta pencahayaan semula jadi juga antara ikon penarik spa tersebut.
Jangan pula terkejut kerana terdapat sesi urutan selama 30 minit iaitu urutan menghilang tekanan menggunakan minyak zaitun di bahagian tengkuk, bahu dan belakang badan dengan kadar RM50 sahaja.
suasana dibilik urutan di pondok villa Ambaras Relaxation spa.
Bersiar-siar sekitar hotel ini membuang persepsi hotel tembok bangunan semata-mata.
Patung klasik zaman Rom, air pancut, pokok sarang burung, pokok bunga kertas cukup ideal untuk mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan berkonsepkan perkahwinan dalam taman.
Meja dan kerusi berwarna hitam berukir yang bermotifkan ukiran bunga berdekatan pokok-pokok tersebut membuatkan suasana seperti di Eropah.
Tarikan kubah berpasak empat tiang berbentuk separuh bulat disulam dengan lampu-lampu hiasan adalah lokasi menarik pasangan pengantin bergambar untuk mengabadikan saat manis itu.
Hakikatnya, suasana pasti akan menjadi lebih romantis bagi mereka yang ingin bermadu kasih ditemani lampu neon dan hiasan lampu berwarna warni.
Restoran CIBO menyajikan masakan barat oleh chef berpengalaman.
Anda boleh meluangkan masa romantik bersama pasangan di Restoran Premier sambil menyajikan pemandangan tasik disekeliling hotel tersebut
Aktiviti bermain boling yang disediakan oleh hotel pada harga yang sangat relevan, anda tidak perlu keluar untuk menghabiskan masa diluar hotel tersebut.
Boling dan bilik
Perbezaan utama hotel ini berbanding hotel lain ialah kemudahan pusat bermain boling moden yang dibuka bukan sahaja kepada pelanggan tetapi juga orang awam.
Harga bagi satu permainan bermula daripada RM5 hingga RM8 dengan kemudahan 10 lorong.
Sudut menikmati makanan pula terdapat restoran yang menyediakan makanan Cina dan Jepun iaitu Restoran The Inn of Four Seasons.
Soal halal bukan menjadi isu kerana semua makanan disediakan oleh ketua chef berketurunan Melayu yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam menyediakan makanan tersebut.
Jika ingin menguji suara atau bersantai bersama teman-teman sambil mendengar alunan muzik live band, pelanggan bolehlah berkunjung ke La Vida Lounge.
Sudah puas berjalan dan ingin melelapkan mata kedatangan anda ke bilik tidur akan disambut oleh kuntuman bunga ros merah, mawar dan bunga teluki yang harum semerbak baunya. Semua itu diletakkan dalam sebuah bekas putih berisi air.
Ketenangan pada setiap bilik menjanjikan kepuasan kepada pengunjung untuk meluangkan masa bersama pasangan semalaman dari RM185++ hingga RM 885++
Dekorasi bunga-bungaan menghiasi bilik menjanjikan ketenangan yang mendamaikan.
Malah, konsep hiasan bilik dengan warna kuning keemasan menampilkan ciri eksklusif selain penggunaan sofa berwarna merah.
Bilik hotel juga menyediakan kemudahan dwipilihan iaitu seseorang boleh melakukan tugas tertentu dengan penggunaan meja kerja dan set sofa untuk bersantai.
Televisyen dan potret gambar berciri alam semula jadi juga menjadi pelengkap bilik.
Sebaik sahaja menyelak langsir pemandangan tasik pasti membuatkan hati anda menjadi tenang dan melupakan kesibukan tugas seharian.
Hotel ini juga bijak menggunakan karpet lantai yang berwarna garang seperti merah serta bercorak kontemporari selain penggunaan marmar berwarna-warni mengikut jenis-jenis bilik.
Uniknya, terdapat jam loceng elektronik yang membantu pelanggan bangun pagi sebagai persiapan awal agar tidak terlepas menikmati pelbagai hidangan sarapan.
Ingin tahu lebih, datanglah sendiri!
Indahnya pemandangan di bahagian kolam bersaiz besar, menjanjikan kepuasan kepada pengunjung yang meminati aktiviti renang.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 19-Dec-2011 06:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SEARCH MASIH UNGGUL
|
 |
|
Ribuan peminat menyaksikan persembahan bertenaga SEARCH
|
|
 |
|
Penampilan Amy berambut spiky pada konsertnya
|
|
 |
|
meresap kedalam jiwa nyanyian Amy dihadapan peminatnya
|
| | View all 18 photos... |
|
SEARCH UBAT RINDU 13,000 PEMINAT
Fenomena Search 30 Tahun Meriah
oleh: Djohan Shahrin Shah (Djohn Shahrin)
ROCK PONGGE... Penampilan Vokalis Search, Amy pada awal konsert Fenomena Search 30 Tahun dengan berpakaian suite uniform menampakkan keunggulan mereka sebagai orang lama dalam industri muzik rock tanahair.
Amy Search mengajak peminat-peminatnya berhibur bersama mereka dan menjadikan suasana lebih riuh-rendah dengan dendangan lagu-lagu Hit kumpual tiga dekad itu pada Konsert Fenomena Search 30 Tahun.
Kumpulan Rock Lagenda Search mengubat rindu peminatnya dengan mengadakan Konsert Fenomena Search 30 Tahun di Pusat Konvensyen Antarabangsa The Mines Seri Kembangan pada 17 Disember 2011 lalu.
Dengan mendapat sambutan seramai13,000 peminat, kumpulan rock lagenda itu dimeriahkan dengan 24 lagu lama dan lagu-lagu hitnya. Rozana, Isi atau kulit, Menara Kesesatan, Pawana, Bisa, Serigala Segalanya serta Musnah antara lagu yang dialunkan bagi mengubat rindu peminat setia kumpulan tiga dekad itu.
Peminat juga bersama menyanyikan lagu Isabella bersama vokalis lagenda, Amy dari mula hingga akhir lagu sambil melambai-lambaikan tangan mereka dan menambahkan lagi kemeriahan konsert itu pada tiket berharga RM70.
Konsert bermula pada 9.05 malam dan berakhir pada jam 12.15 tengah malam dengan penuh bertenaga dengan penutupan lagu Fantasia Bulan Madu dan menelan belanja sebanyak RM1.3 juta kos penganjuran konsert tersebut memuaskan hati pengunjung yang datang.
SEARCH menampilkan Yazit selaku pemain Dram, Din dan Kid pemain gitar serta Nasir pemain bass. Kumpulan Rock ini bakal bertemu dengan peminat mereka di Tawau Sabah pada 24 Disember 2011 dan Kucing Sarawak pada 31 Disember 2011 dengan mengadakan konsert bergerak.
Masih hebat dan bertenaga...Search memberikan persembahan terbaik dihadapan peminat.
Para penonton tidak melepaskan peluang memegang Amy Search ketika beliau membaringkan badannya diatas peminat.
Para peminat menghulurkan tangan meminta Amy Search datang dihadapan mereka.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 28-Nov-2011 09:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
HARIMAU MUDA PATAH TARING
|
 |
|
Malasia vs Bahrain- Lompat
|
|
 |
|
Malaysia vs Bahrain- Golly Bahrain
|
|
 |
|
Gembira Gol: Penyokong Malaysia
|
| | View all 11 photos... |
|
BAHRAIN MALUKAN HARIMAU MUDA
oleh: Nan Hidayat Nan Azmie & Ahmad Fazli Mohd. Yadi
Kaki Pemain Bahrain tersadung sewaktu mengasak Pemain Malaysia ketika perlawanan bola sepak kelayakkan olimpik bagi kumpulan C di Stadium Nasional Bukit Jalil pada November 27, 2011.. Malaysia tewas digelanggang sendiri 2-3 dan terpaksa melupakan hasrat untuk bermain di London.
Pemain Malaysia sedaya upaya bermain dengan penuh semangat juang, bagaimanapun Bahrain melakukan perubahan stratergi pada minit terakhir dan meledakan tiga gol dalam masa enam minit selepas membuat percaturan baru.
Pemain Bahrain cuba menyelamatkan bola menerjah ke gawang gol mereka hasil sepakan dipenjuru oleh Mahali Jasuli pada minit 37 dan meninggalkan Bahrin 2-0, kemudian pasukan Bahrain membuat serangan kepada Malaysia selepas menukarkan dua pemainnya.
TIGA gol pasukan lawan dalam tempoh enam minit mengundang padah buat Harimau Muda apabila tewas 2-3 kepada Bahrain pada aksi Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Lebih mendukacitakan, anak-anak buah Ong Kim Swee gagal menggunakan kelebihan dua gol sekalipun Bahrain terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain setelah Fahad Tareq Showaiteb dilayangkan kad merah pada awal babak kedua.
Ternyata beraksi di depan lebih 40,000 penyokong sendiri bukannya kelebihan buat Harimau Muda yang mungkin sudah boleh melupakan impian untuk menjejakkan kaki ke bumi London tahun depan.
Percaturan jurulatih Bahrain, Salman Shareeda yang membawa masuk dua penyerang gantian, Saad Salah Al-Amer dan Isa Ahmed Muthanna, dalam tempoh 10 minit membuahkan hasil apabila kedua-dua pemain itu meledak ketiga-tiga gol pasukan pelawat.
Bahrain terlebih dahulu menguji gawang negara apabila rembatan Mohamed Ali Tayeb Al-Alawi terus ke dakapan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat seawal minit kedua.
Tersentak dengan asakan itu, Harimau Muda yang kembali mengatur gerak, namun rembatan Wan Zack Haikal Wan Nor hasil hantaran cantik satu dua bersama Irfan Fazail, mudah dibaca penjaga gol pelawat, Ashraf Waheed Al-Sebaie lima minit kemudian.
Gol pendahuluan Harimau Muda akhirnya menjelma apabila rembatan deras kaki kiri Nazmi Faiz Mansor dari luar kotak penalti terus menerjah jaring Bahrain pada minit ke-30.
Jaringan itu ternyata menambah tonik Harimau Muda apabila berterusan menggandakan asakan, namun tandukan Mohamed Amer Saidin sedikit melewati palang gol hasil sepakan penjuru Mahali Jasuli pada minit ke-37.
Sebaik babak kedua bersambung, Bahrain dilihat semakin tertekan apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Fahad dilayangkan kad merah gara-gara mengasari Mohd. Affize Faisal Mamat pada minit ke-58.
Peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya Harimau Muda yang berjaya menggandakan kelebihan apabila kesilapan mudah Ashraf Waheed yang gagal menangkap kemas bola hantaran lintang Mohd. Fandi Othman dihukum Mahali Jasuli yang tenang menyambar bola muntah untuk gol kedua pada minit ke-66.
Bahrain yang tidak berputus asa berjaya merapatkan kedudukan apabila sepakan gunting Saad Salah terus menerjah gawang Harimau Muda pada minit ke-80.
Gegak gempita di Stadium Nasional, Bukit Jalil akhirnya bertukar sunyi sepi apabila Isa Ahmed berjaya menjaringkan dua gol pantas dalam tempoh dua minit bagi memastikan tiga mata berharga buat Bahrain.
Cubaan Harimau Muda untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan tidak berhasil apabila Mohd. Ferris Danial Mat Nasir yang tidak dikawal gagal menyambut hantaran Mahali pada masa kecederaan.
Ia merupakan kekalahan ketiga berturut-turut buat Harimau Muda dalam saingan kelayakan Olimpik selepas tewas 0-2 dalam dua-dua perlawanan menentang Jepun dan Syria sebelum ini.
Dengan keputusan itu, Harimau Muda kini kekal di tangga tercorot Kumpulan C, sementara Jepun kekal menerajui takhta apabila menjinakkan Syria 2-1 di Stadium Olimpik Nasional, Tokyo semalam.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 14-Nov-2011 04:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
CIMB Asia Pasific Classic
|
|
Reaksi wajah pemain Amerika Syarikat, Bo Van Pelt ketika melakukan Tee-off pada lubang 16, beliau bagaimanapun menamatkan 261 pukulan 23 dibawah par dan ditabalkan juara bagi Kejohanan Golf CIMB Asia Pasific Classic Malaysia 2011 di Kelab Golf Mine Resort pada Oktober 30, 2011
Bo Van Pelt Juara CIMB Asia Pasifik Klasik
SUMBER: Utusan Online
Pemain Amerika Syarikat, Bo Van Pelt menjuarai kejohanan golf CIMB Asia Pacific Malaysia selepas mengumpul 261 pukulan keseluruhan, untuk 23 di bawah par pada pusingan akhir di The Mines Resort and Golf Club, Seri Kembangan, semalam.
Tempat kedua pula milik seorang lagi pemain Amerika Syarikat, Jeff Overton yang mengumpul 267 pukulan keseluruhan apabila melakukan 69 pukulan pada pusingan terakhir semalam.
Fredrik Jacobson dari Sweden yang mencatat 68 pukulan semalam, menduduki tempat ketiga dengan 268 pukulan keseluruhan.
Dalam pada itu, pemain golf profesional Malaysia, Danny Chia tidak akan melupakan pengalaman manis ketika mengambil bahagian pada kejohanan golf CIMB Klasik Asia Pasifik Malaysia kali ini.
"Adalah sesuatu yang hebat dapat bermain dengan pemain-pemain Jelajah PGA.
Ia merupakan impian saya untuk bermain dengan mereka dan ia adalah satu pengalaman yang amat bermakna.
"Yang paling membuatkan saya gembira ialah diri saya sendiri, permainan saya dan bagaimana saya bermain minggu ini... bagaimana saya sabar dan ia sesuatu yang luar biasa," kata pemain golf berusia 39 tahun itu.
Chia menamatkan pusingan sepanjang empat hari itu di tempat ke-13 bersama Brandt Snedeker, Stewart Cink, Jimmy Walker dan Chris Kirk dari Amerika Syarikat dan Robert Allenby dari Australia selepas mengumpul mata yang sama 12 di bawah par 272.
Untuk kedudukan itu, Chia membawa pulang AS$ 85,000 (RM260,482) daripada jumlah keseluruhan hadiah AS$6.1 juta (kira-kira RM18.7 juta) yang ditawarkan pada kejohanan itu.
Seorang lagi pemain negara, Shaaban Hussin berkata pertandingan itu memberikan beliau pengalaman yang baik untuk belajar.
Shaaban, yang mengumpul tujuh di atas par 291 sepanjang empat hari kejohanan, menamatkan persaingan pada kedudukan ke-45 bersama Argentine Angel Cabrera.
Berbanding kejohanan pertama tahun lepas, Shaaban menamatkan pusingan dengan kedudukan paling bawah.
Aksi pemain negara, Danny Chia melakukan Tee-off dilubang 18 dalam Kejohanan Golf CIMB Asia Pasific Classic Malaysia 2011 pada hari ke tiga, beliau berjaya meningkatkan prestasi pada hari ini dengan menamatkan 202 pukulan 11 dibawah par pada Oktober 29, 2011 di Kelab Golf Mine Resort
Danny beri saingan
Pemberita: Felzalfie / Utusan Malaysia
Pemain negara, Danny Chia mempamerkan saingan hebat pada hari ketiga Kejohanan Golf CIMB Asia Pasifik Klasik Malaysia selepas menamatkan permainan dengan berkongsi tangga kelima.
Pada saingan semalam, pemain berusia 39 tahun itu mencatat lima bawah par 66 untuk hari ketiga berturut-turut iaitu 11 bawah par 202.
Danny berkongsi kedudukan kelima bersama pemain Amerika Syarikat Jason Dufner dan Vijay Singh (Fiji).
Pada sembilan lubang pertama, Danny melakukan satu birdie pada par lima lubang ketiga.
Pada sembilan lubang kedua, Danny berjaya mengekalkan momentum dan membenam empat birdie dan satu bogey.
"Kemungkinan saya paling gementar pada lima lubang awal minggu ini. Saya menonton Vijay bermain golf di televisyen sejak saya mula bermain golf.
"Setiap lubang yang saya buat pukulan, saya dapat rasakan dia (Vijay) memerhatikan dan saya rasa gementar," katanya.
Pemain Amerika Syarikat, Bo Van Pelt muncul pendahulu dengan 197 pukulan keseluruhan setelah mencatat 67 pukulan semalam.
Van Pelt diekori pemain senegara, Jeff Overton, diikuti seorang lagi pemain Amerika Syarikat, Mark Wilson.
Seorang lagi pemain negara Shaaban Hussin terus bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaik.
Beliau memulakan pusingan dengan catatan satu di atas par selepas melakukan dua bogey terhadap birdie tunggal pada sembilan lubang pertama. Ini disusuli satu lagi bogey dan dua bogey berganda pada lubang ke-11 dan ke-16, yang menghasilkan keputusan yang mengecewakan baginya.
Selepas tiga pusingan, Shaaban berada pada kedudukan ke-47 dengan keseluruhan catatan enam di atas par 219.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 12-Oct-2011 06:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
HALO MOON (22digree LUNAR HALO)
|
|
"HALO MOON" dari Lembah Kelang
Lingkaran cahaya yang terbentuk menyerupai bentuk cincin pada sekeliling bulan di kenali sebagai "HALO MOON", Fenomena 22 Digree Lunar terhasil dari biasan hablur kristal ais melalui cahaya bulan yang terpancar di ruang angkasaraya.
Kristal Ais terkumpul dari Awan Sirus yang berada pada paras 5 hingga 10 kilometer diantara garisan Troposphere, fenomena ini dipercayai terjadi apabila bumi mengalami waktu sejuk dimana wap-wap bumi sebelum ini yang terkumpul menaiki di ruang udara dan terbentuknya kristal ais pada lapisan awan sirus.
Fenomena ini sempat di rakamkan pada Oktober 9, 2011 di kawasan Lembah Kelang pada jam sekitar 11.45 - 12.15 malam dan dipercayai fenomena ini berlaku sepanjang malam tersebut.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 18-Jun-2011 17:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bintang di Langit
|
|
Hasil testimoni aku bagi pertama dalam pembelajaran Aerospace planet photography dalam mengenali jenis-jenis bintang pada lokasi di sebuah kepulauan Indonesia Timur
Startrail
Pergerakkan bintang dalam keadaan putus-putus di perkampungan Pudakit Barat, 80 batu dari daratan Gresik, penggunaan lens 10-22mm f3.5-4.5, focal lenght 14.0 dan pendedahan 937saat dalam ISO 160 pada June 11, 2011
Pergerakkan bintang dalam keadaan berpanjangan di Hutan Langchappur, 80 batu dari daratan Gresik, penggunaan lens 10-22mm f3.5-4.5, focal lenght 10.0 dan pendedahan 340saat / Disable Noise Reduse dalam ISO 100 pada June 10, 2011
Bintang / Milky
Kelihatan Milky agak tidak jelas pada angkasa dengan penggunaan lens 10-22mm F3.5-4.5 Focal Lenght 10.0 pendedahan selama 30saat dalam ISO 800 jam 1915 WIB di perkuburan islam pudakit 80 batu dari daratan Gresik dalam kepulauan wilayah Indonesia Timur pada June 10, 2011
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 6-Jun-2010 11:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
UK DIRT BIKES
|
|
SELAMAT PENGANTIN BARU..
Mohd Ismail Abdul Rahim dan pasangannya Norhafizah Samad yang menaiki motosikal " Motocross " diiringi bersama rakan-rakannya yang merupakan ahli kelab UK Dirt Bikes.
Sebanyak 30 buah motosikal meraikan perarakan mengelilingi Kampung Pasir sebagai memeriahkan suasana sebelum tiba di majlis resepsi ke dua mempelai tersebut di Kampung Pasir, Hulu Kelang.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 28-Feb-2010 17:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Teater Muzikal Antara
|
|
ANTARA adalah sebuah teater muzikal berbentuk kerohanian yang tidak lari jauh dari naluri manusia kerana setiap hari kita mengalunkan keindahan muzik di telinga dari berbagai peradaban, dalam beribadat, dalam kita mengingatiNya, semua alunan itu bergetar tanpa henti selari dengan getaran jantung serta sehingga mengalirnya darah.....
ANTARA naskah degupan kencang jantung manusia yang terpaksa melewati musuh utama iaitu Iblis di sebabkan perjanjiannya dengan Allah S.W.T bagi menghancurkan umat manusia dari jalan kehidupan yang hakiki sama ada untuk memilih menjadi teman, sahabat dan kekasih kepada iblis yang menjanjikan kenikmatan dunia atau mengabdikan diri untuk kasih, cinta dan rindu pada illahi bagi memperolehi keberkatan serta kenikmatan kehidupan yang sejati , demi sebuah perjalanan untuk titik terakhir destinasi umat manusia kelak
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 19-Jan-2010 06:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BURUNG KELICAP BUKIT
|
|
Burung Kelicap Bukit adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Nectarinia jugularis
CIRI-CIRI
Burung Kelicap Bukit ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Kelicap Bukit adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Kelicap Bukit tidak bergigi
PEMBIAKKAN
Burung Kelicap Bukit membiak dengan bertelur. Telur Burung Kelicap Bukit bercangkerang keras
Sumber / Souce: WikiPEDIA
|
|
|
|
|